Mereka yang
menderita bukan saja penternak-penternak Orang Cina, penternak Melayu juga
mengalami kerugian yang besar. Masa kini, penternak-penternak bukan saja
terdiri daripada orang Cina, Melayu juga banyak melabur dalam industry ini. Selama
ini kami juga dapat banyak bantuan dari kawan Cina yang berpengalaman.
Industri
sarang burung walit sebenarnya adalah satu pelaburan yang boleh membawa keuntungan
yang lumayan. Kerana didapati kandungan nitrate dalam sarang burung walit melebihi tahap yang dibenarkan, sekatan masuk
ke Negara China telah diimplimentasi pada tahun lepas. Sejak itu, harga sarang BW Mentah telah turun
begitu besar dari 5 ribu ringgit sekilo ke bawah 2 ribu ringgit sekarang dalam
tempuh 15 bulan. Kerajaan mengambil masa yang panjang untuk bertindak dan
Kementerian Pertanian pula menambah banyak syarat yang tidak bermaafaat
sehingga menjejas perkembangan industry ini.
Kinilah masa penternak Melayu membangun untuk manahan kepentingan diri sendiri. Kami tidak sabar untuk menunggu. Memandangkan apa yang dibuat oleh Persekutuan Persatuan Pedagang Sarang Burung Malaysia, kami berpendapat Persatuan tersebut tidak boleh diharapkan lagi.
Industri sarang BW boleh membawa forex yang lumayan kepada Negara. Kerana pengelewangan kuasa yang tertimbul dalam kementerian yang tertentu, kami terpaksa bersuara dan memaklumkan kerajaan apa sebenarnya yang berlaku.
Maklamat dan
tujuan kami menubuhkan Persatuan Pengusaha-Pengusaha Industry Burung Walit
ialah:
1.
Membubarkan
sekatan pengeksportan sarang BWM.
2.
Hentikan
monopoli. Lesen diberi kepada sesiapa yang memohon.
3.
Bantuan
wang atau pinjaman bank diberikan kepada sesiapa yang memohon, tidak kira
samada mereka adalah ahli Persekutuan Persatuan Pedagang Sarang Burung Malaysia
atau tidak.
4.
Kami
harus diberi peluang melibatkan diri dalam penentuan sesuatu undang atau
cadangan yang berkenaan nasib penternak.
5.
Kekalkan
peniaga bebas. Jangan campur tangan jika kerajaan tidak boleh membantu.
6.
Munuhkan
koperasi penternak-penternak BW yang boleh menahan hak-hak kami dan memberi
kebaikan kepada ahil.
No comments:
Post a Comment